Inilah gula-gula hati saya. Dia juga kekasih awal dan akhir saya. Dia idola saya. Dia penyelamat saya. Dia segala-galanya bagi saya. Terima kasih buat mama yang mengandungkan, melahirkan, membesarkan, mendidik, dan memberi saya segala-galanya.
Category Archives: luahan
Ujian itu indah, sabar itu menyempurnakan.
Assalamualaikum, lama tak menulis jari terasa kaku, kata-kata makinlah jadi kelu. Alhamdulillah, masih diberi ruang di dunia. Syukur, masih dipinjam seketika nikmat indahnya bumi, harta, kasih sayang, dan nyawa.
Pesan Nenda
Tahun berganti, 11 tahun berlalu. Nendaku telah pergi, terasa masih hangat peluk kasihnya. Biar nenda telah tiada. Pesan-pesan nenda akan tetap ku ingat.
Pesan Nenda ” Marah itu api, lawanlah dengan kata-kata yang menyejukkan”
* Pelihara kata-katamu ketika marah, kerana boleh jadi kata-katamu ketika marah itu banyak melukakan hati orang lain.
* Tapi dengarlah, kata-kata orang yang sedang marah dengan penuh hemah, ambillah ikhtibar daripada kata-kata orang yang sedang marah. Kerana boleh jadi kata-kata itu jujur dari hatinya.
Memori kaku tidak bisu
Memori itu memang kaku, tapi selalunya memori sekeping saja tidak pernah bisu. Sering saja bercerita dalam bahasa sendiri, mengundang senyum, dan ada waktu mengundang air mata.


