Tunduk
Sorokkan sedikit matamu
Tunduk
Lirikanlah matamu sesekali
Kelipkan mata kalian
Jangan ternganga mulut itu.
Hey, kecantikan itu bukan hak kalian
Jangan dipandang, jangan diigau
- Jangan terpesona dengan liuk lintuk itu
Usah cair dengan bicara buat-buat manja itu
Itu hanya nikmat dunia
Pasti kalian mahu bidadari di sana nanti bukan?
Selalulah ingatkan diri
Jangan dipandang mereka
Mereka bukan hak kalian
Kalian itu ajnabi buat mereka
Ingatkan juga mereka
Di saat ada liuk tubuh yang sengaja memperdaya
Di saat ada ayat-ayat manja memerangkap iman
Ingatkanlah mereka!
Tolaklah cubaan itu dengan bijaksana
Tepislah godaan itu dengan ketegasan
Didiklah mereka sebaiknya
Ingatkan mereka itu SRIKANDI ISLAM
Ingatkan mereka tentang aurat dan akhlak
Ingatkan mereka tentang malu dan takutkan ALLAH
Bicarakan pada mereka salahnya tingkah itu
BIcarakan pada mereka bagaimana tingkah selayaknya.
Jangan dipandang mereka
Jangan bersandar pada pujaan kecantikan itu
Sedarlah dari keseronokan itu
Jadilah PAHLAWAN ISLAM yang hebat pertahan iman

Kan bagus kalau anak dara merendahkan pandangan baru nampak macam gadis Melayu terakhir. :-)
akubiomed recently posted..Mat Rempit Thailand yang inovatif
@akubiomed, betul tu :) ciri-ciri wanita solehah tu.
@akubiomed, ade lagi yg macam tuh, tp yg lebih ramai ialah yg tinggi pandangannya, suaranya lantang gelak ketawa dikedai makan…adui…kita pulak yg segan dgn mereka… :D
hafizmd recently posted..Oh! Buah Betik
@hafizmd, Anak dara siapalah tuh kan bro? :-)
akubiomed recently posted..Saya blogger yang tersepit
@hafizmd, Kami pun segan dengan mereka :)
dalam era dunia moden dan urban nih,iman pun kadang-kadang tak mampu.
ghost writer recently posted..BIN
@ghost writer, bukan mudah, tapi tidak mustahil :)
kecantikan yang hanya bersifat sementara..
zik recently posted..Wahh, check keputusan UPSR dengan sms jer!!!
Sangat betul. Kecantikan itu pun milik DIA bila-bila masa boleh diambil balik
semuanya hanya pinjaman dari Allah….
suka baca entry neh…;-)
Queila recently posted..HADAPILAH HIDUP DENGAN SENYUMAN
@Queila, Betul tu, semuanya hanya pinjaman. Terima kasih ila :)
Nak jaga pandangan mata pada zaman sekarang memang mencabar. Banyak sangat pemandangan indah depan mata. Kuatkan iman di hati… :-)
Fahmi Raazali recently posted..Menulis Amat Menyeronokkan
@Fahmi Raazali, Indah yang sementara. Isi hadiah yang indah dan berharga selalunya dilindungi dengan pembalut yang indah. Kuatkan iman. InsyaAllah
gadis kena pandai jaga maruah..lelaki pula harus bertindak melindungi insan yg lemah..
p/s: adik punya link blog yg ini x share dlm profile kah? td akak klik kt profile adik kelaur link blog yg kosong tu..
Rina AVAIL a.k.a cik betty recently posted..Seorang Bayi Yang Terbiar
@Rina AVAIL a.k.a cik betty, ada share.. blog kosong tu sebab redirect dari blog lama. :)
yg indah tu sebenarnya bisikan syaitan tu, utk org terus pandang.. jadi pelaku dan yg memandang masing2 kena ingatkan jangan terpedaya.. jgn buat dan jgn terpengaruh..
sama2lah kita ingatkan diri sendiri..
fiezaradzi recently posted..Wordless Wednesday#5 – titan
@fiezaradzi, Betul tu. Kena ingatkan diri sendiri dan orang lain jg :) Saling mengingatkan sangat digalakkan dlm Islam
Setiap kecantikan manusia datangnya dari Allah dan perlu bersyukur sebelum ALlah tarik segala2 nya..
Jai recently posted..Jadual Separuh Akhir Bola Sepak Sukan Sea 2011
@Jai, Setiap yg kita miliki, sekadar pinjaman. Betul tu, bersyukur sebelum Allah tarik segala-galanya
Assalamu`alaikum Yati,
pesanan ringkas yang tidak mungkin akan difahami dan diikuti oleh lelaki. Kalau ada pun di antara mereka yang boleh menjadi seperti apa yang Yati tulis, ianya boleh dibilang dengan jari. Kualiti mungkin semakin kurang.
Ini seperti cabaran terbuka buat lelaki yang ada di luar sana tu. :)
Mama Murai recently posted..cermin diri sendiri
@Mama Murai, Waalaikumusalam. Tidak faham atau pura-pura tidak faham ;) InsyaAllah, masih belum terlambat untuk bina dan didik semula generasi baru utk jadi lelaki soleh.
ok..pandang bawah japp..
titan recently posted..Khairul Fahmi, Asrarudin Omar, Badrol Bakhtiar, Ong Kim Swee. Semua kacak!
pandang lantai.. hati-hati terlanggar tiang
puisi yang best
wandisini recently posted..Trofi Lagu Terbaik Yuna Di Tarik Balik?
@wandisini, Terima kasih :)