Assalamualaikum. Alahai, terbiar sepi blog semenjak dua menjak ni. Balik kerja cuma nampak keluarga dengan bantal. Tapi tak apa, walaupun jarang-jarang update, tetap sayang blog hehe. Hari Rabu dan Khamis yang lepas, sempat curi-curi masa rehatkan fikiran dan badan di Tok Aman Bali Beach Resort. Lokasinya di Semerak, Pasir Putih. Salah satu tempat yang saya cadangkan dan galakkan kawan-kawan semua menginap untuk percutian yang menenangkan dan indah. :)
Bilik sangat selesa, agak luas, dan yang paling penting bilik air pun best walaupun saiz agak comel-comel. Biasanya kalau ke resort atau hotel, mesti nak tengok bilik air dulu. Tak tahulah atas sebab apa, tapi dah jadi tabiat.
Dari bilik boleh nampak pemandangan tasik. Boleh nampak orang sedang berkayak, naik bot, dan berbasikal. Oh ya, boleh nampak jalan raya jugak. Hehe. Bilik Miss Yati di tingkat bawah. Lebih suka tingkat bawah sebab tak payah naik tangga sangat bilik nak beraktiviti. Tapi kalau bilik tingkat atas boleh nampak pemandangan yang lebih cantik. Okay lain kali cuba bilik tingkat atas pulak.
Kolam renang yang agak luas. Walaupun ramai orang, masih lagi selesalah kiranya cari sudut untuk diri sendiri.
Pemandangan dari tepi pantai yang indah. SubhanaAllah, rasa macam nak bawa rumah letak kat sini. Pantai yang masih terjaga rapi. Pasir yang putih. Kalau lama sikit duduk sini siaplah sebuah novel agaknya.
Antara pemandangan indah di Tok Aman Bali.
Macam-macam aktiviti yang disediakan di Tok Aman Bali ni. Jadi kalau duduk semalaman tu tak sempat nak cuba semua. Kena menabung, jadi boleh duduk lama sikit. Hehe. Kalau ada kesempatan ke Tok Aman Bali ni, cuba-cubalah aktiviti yang disediakan, jangan duduk terperap di bilik saja.
Malam tu sempat memandu ke Tok Bali Bay. Tapi tak sempat jalan-jalan dan nikmati panorama sangat, anak-anak saudaraku sangat comel pulak buat perangai comel lagi indah di situ. Haha, sabar sajalah.
Maklumat lanjut ;
Laman Sesawang: Tok Aman Bali
Facebook: Tok Aman Bali
Bintang: 9.5/10


















Assalamualaikum, wah syoknya si dia pie bercuti dengan keluarga… huhuh, tempat yang menarik :). hehehe
Waalaikumusalam. Syok, walaupun sekejab tapi bermakna. InsyaAllah ada rezeki stay lama sikit nanti kat sana. :)
cantiknyaa..chii suka g pantai..tp suka main air waktu malam je la..ehehe..sebab sejuk..pastu x de la burn nnt..
chii recently posted..Cinta Internet
Ya, cantik sangat. Hehe.. Waktu pagi pun okay.. sejuk dan tak panas :P
* Burn lah best, baru ada bukti pergi pantai haha.
pergi tak ajak nak marah ni heee..
siht ker yati lama tak degar khbar berita
suri recently posted..Bila Burung Cip..Cip Datang..
Hehe.. dah ajak dalam hati. Hehe.. Jangan marah :P Yati sihat, alhamdulillah. Tak dengar khabar sebab menyepi tapi tak hilang :D
wah, cuti2 kelantan rupanya
kawasan p puteh ni pantainya lebih cantik berbanding kawasan lain di kelantan
tehr recently posted..Kadang-Kadang
Setuju tu. Kebanyakan pantai di kawasan Tok Bali memang masih terjaga, bersih, dengan pantai yang memutih. Suka tengok. :)
kalau encik suami suka memancing,,suatu tempat pancing yang bagus di tok bali,,,cubalah pekena sup belut…
hatiputera recently posted..TOP COMMENTATOR LELAKI KACAK MEI
Hehe.. belum bersuami lagi. Sup belut kat restoran mana tu? Sebab malam tu keluar makan Ketam Berempah, sedaplah jugak sampai tapau bawak balik ke bilik. Hehe
Lama menghilang dari dunia siber. Tup..tup keluar entri bercuti. :-)
akubiomed recently posted..Hero-hero kacak AkuBiomed dan Pandak didalam promo Semanis Kurma
Hehe menghilang tapi tak pernah tinggalkan. HEhe.. Sekali sekala keluar entry bercuti.
wahh, mesti best nih..
titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 5
Best, alhamdulillah. Lagi best kalau bersama keluarga
best nyer bercuti
Juan recently posted..Tarikh Bulan Puasa Ramadhan Malaysia 2012
wah lama tak singgah sini hehe.. apakabaq miss yati hehe.. cantik juga pemandangan di tok bali, ada kesempatan memang nak pegi lah nanti
Menarik nampaknya percutian tu :)
ecogreen4us recently posted..LED Light Bulbs: 12 Most Energy Efficient Flood Light
Alhamdulillah menarik dan mendekatkan diri dengan alam :)
mcm nak kena gi ni…..cantiknyer
lala recently posted..TESTIMONI CATALYST – SAKIT LUTUT
Kena datang Kelantan dulu :) Nanti cubalah menginap kat sini ^_^
Salam.
Lama tak singgah jenguk sahabat. Mesti busy skrg ni ya. Masih mengajar kah
Mekar recently posted..Prihatin Biar Bertempat !
Wsalam. Selamat berpuasa :) Busy tu tidaklah juga. Cuma tak berkesempatan online lama2. Sedang dalam proses bertukar kerjaya :)
nak tanye , bilik tuh bilik deluxe room ke deluxe triple? kalau x sure b0leh bgtahu harga dia je . so , i can recognised which room you stay . thanks ya :)
Deluxe room. Harga lebih elok tnya dengan pihak pengurusan hotel :)