Assalamualaikum.
Semangat menjahit itu perlu ada walaupun tak indah hasilnya. Cuba dan terus cuba. (Kata-kata semangat daripada diri sendiri untuk diri sendiri). Hari minggu yang lepas mengisi masa lapang dengan melembutka jari jemari yang keras. Walaupun orang lain punya lebih cantik dan kreatif, kita perlu yakin diri bahawa setiap usaha menjahit kita itu adalah kejayaan. (sambil senyum simpul).

Bahan-bahan: Gunting (tak perlu sampai tiga, prop sahaja) ; Benang, Jarum, Pensil, dan kain (yang lembut dan beralun).
Tekapkan apa-apa saja yang permukaan bentuk bulat (gelas pun boleh).
Gunting mengikut ukuran tadi.
Sediakan dalam sekurang-kurangnya 10 keping kain yang digunting bulat. Lagi banyak bilangan keping, makin cantik bunganya.
Abaikan bentuk bulat yang tak berapa bulat.
* Letak sekeping kain bentuk bulat sebagai bahagian asas bunga.
Kemudian ambil kepingan kain yang kedua, dan lipat sekali lagi sehingga berbentuk kon seperti gambar di atas.
Jahit kepingan kain yang berbentuk kon di atas kain bentuk bulat yang asas tadi.
Ulangi langkah yang sama sehingga penuh bahagian kepingan bulat tersebut. Selesai lapisan pertama, tindan kepingan kon untuk lapisan kedua dan seterusnya.
Sehingga ia berbentuk seperti ini. Seperti yang saya tulis tadi, semakin banyak kepingan kain, semakin rimbun dan cantik bunga itu.
Semakin lembut kain yang digunakan, semakin cantik bunga itu beralun. ;)
* Boleh letak dekat hiasan hantaran, hiasan di pelamin DIY (harap dapat buat pelamin sendiri satu hari nanti), boleh juga buat bunga tangan tapi kena tambah dawai dan aksesori lain. Kalau buat ukuran kecil, boleh jahit pada baju.
*Selamat mencuba. Be creative, be brave. Berani mencuba walau hasilnya kecil










cantiknya.. :)
sy pernah tgk juga..org buat bungan macam ni tapi guna kertas tisu..
nabilah_2908 recently posted..IKAN KERAPU BERLADA
terima kasih..
Yeep. Dari kertas tisu ada, dari kain felt pun ada. Bervariasi sekarang ni. Coklat pun boleh jadi bunga tangan.
Kiranya ini kali pertama
Dah memang sangat berjaya
Tahniah dan teruskan berkreatif
tehr recently posted..Kraftangan Dan Aku
Ya, cuba-cuba sambil isi masa lapang hari minggu. Terima kasih sebab nampak seninya walaupun tak sempurna hehe.
Cantik bunga yang dihasilkan. Saya sekarang ini ambil masa lama untuk masukkan benang ke dalam lubang jarum. :-)
akubiomed recently posted..Selamat tinggal kekasihku
p/s: Saya macam tidak kena apabila meninggalkan komen di blog ini macam dihalang sebagai spammer.
akubiomed recently posted..My Pinky Moments Contest – Eyriqazz
nanti Yati check apa yang tak kena. Maaf ya.
kalau chii guna google chrome ..mmg x leh nak komen..kena guna IE baru ok
chii recently posted..Selamat Pengantin Baru Iqwan & Syazzana
Alahai apa pulak masalah. Yati update dan balas komen guna google chrome jugak ni. Okay pulak. Nanti check.
Terima Kasih, hehehe…yati mula2 nak masukkan jarum pun susah jugak.. putus asa pun ada. Tapi bila dah berjaya, rasa puas hati.
memang cantik..tp kalau gunakan warna yg terang..mesti lagi menarik kan..
Yeep.. mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. ;) Ada orang suka warna terang, dan ada orang suka warna pastel. Apa yang penting kita rasa seronok ;)
*warna terang dah guna ni, tapi sengaja gelapkan.. nanti tak suprise lah bila nak guna hehe.
menarik.. macam best je.. nak try la nanti..
fiezaradzi recently posted..Wordless Wednesday #12
cuba jangan tak cuba.. nanti kongsi sekali gambar hasilnya ;)
Kalau guna color yang sharp lagi cantik.. Terus berusaha.
Jobless Girl recently posted..Projectionist at TGV Cinema 1Utama (Selangor) and Bukit Indah (Johor) – Event / Project Coordinator
Ya, kalau guna striking colour lebih menonjol. Tapi ada orang memang suka warna pastel. Bergantung kepada kreativiti, identiti, dan kegunaan sesuatu kraf :D
Adik sya bertunang baru2 ni pun buat bunga macam ni tapi guna kertas tisu. Buat deco untuk hantranan dan pelamin. Kami sungguh puas hati sebab semuanya buat sendiri
Mekar recently posted..Langkah-langkah Membuat Kek Coklat Lembab
Yeep, kertas tisu pun boleh. Yati tengah usaha nak cari kertas tisu tu sebab tak tahu mana nak beli kat sini hehe. Betul tu, bila kita DIY, rasa sangat puas hati. ;)
salam..
pernak lihat dri buang baik buat diy mmg hebat hasilnya
suri recently posted..Impianku Di ImanPuri Sdn. Bhd
:D kalau rajin banyak benda jadi hehe
bole x wat tutorial tuk ni? xbrpe jelas yg bhgian jahit 2….
tanx 4 the info yati..sy masukkn link ni dlm blog saya..kalau free2 meh la jln kt blog saya
http://siy.blogspot.com/
sitiidzyan recently posted..kenapa tetb nak bblog?