Tips: “Mereka suka belajar”

Assalamualaikum sahabat-sahabat ;)

Selalunya bukan mudah bukan nak minta anak-anak kecil belajar.  Sekurang-kurangnya lebih susah daripada suruh mereka bermain permainan komputer,  atau menonton televisyen.  Kita dulu pun kadang-kadang ada sedikit liat bila di suruh belajar.   Jadi macam mana nak buatkan mereka suka dan seronok untuk belajar?

 

 

 1.  Tempat

Sumber: Interior design ideas kids

 

* Sediakan tempat belajar yang selesa supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada apa yang dipelajari

* Elakkan gangguan bunyi,  dan gangguan lain yang boleh menyebabkan terganggu tumpuan mereka.

* Kalau ada ruang khas untuk belajar itu lebih baik,  ceriakan tempat belajar dengan hiasan ringkas.

 

Keterangan gambar:  Tempat yang saya sediakan untuk anak-anak buah belajar.
Terutamanya untuk peperiksaan akhir tahun baru-baru ni.  Ruang ini merupakan
tempat makan dapur ke-2 yang tidak digunakan. Belum sempat dicat. InsyaAllah
sebolehnya akan dicat dengan cat warna aqua . Segar sikit nak belajar.

2. Kelengkapan

 

 

 

* Sediakan kelengkapan asas yang secukupnya untuk memudahkan mereka belajar terutamanya alat tulis.

* Tak perlu mahal,  tapi biarlah semuanya cukup dan sederhana.

* Sambil-sambil itu,  bolehlah menerapkan nilai tanggungjawab menjaga barang sendiri.

 

 

 

3.  Suasana

 

 

*  Setiap hari,  perlu kreatif untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan.  Jadi tidaklah mereka rasa aktiviti belajar sesuatu yang terlalu rutin dan membosankan.

*  Kadang-kadang saya akan buat kuiz  dalam waktu mereka belajar.  Setiap orang akan diberikan markah,  dan dikumpulkan sehingga keputusan ujian@ peperiksaan dikeluarkan.  Itu motivasi untuk mereka belajar lebih daripada orang lain.

*  Ubah-ubah jadual.  Contohnya kalau hari ini, bermula selepas Isyak dengan matapelajaran Sains,  esoknya mulakan dengan matapelajaran Matematik pula.

* Kaitkan matapelajaran dengan persekitaran.  Berceritalah kepada anak-anak dan kaitkan apa yang mereka sedang belajar,  dengan alam sekeliling.  Contohnya,  sekarang ini ada 5 biji oren dan kita ada 10 orang,  berapa potong oren yang diperolehi setiap orang.  Buat aktiviti tersebut,  dan kaitkan dengan tambah,  tolak,  darab,  dan bahagi.

 

4.  Sokongan

 

 

 

* Luangkan masa untuk bersama-sama mereka semasa mereka sedang belajar.

* Cuba untuk berada di sisi mereka ketika mereka memerlukan bantuan berkaitan sesuatu yang mereka tidak fahami.

*  Sokongan kita memberikan mereka semangat untuk belajar dengan tekun dan penuh minat.

 

 

5.  Galakan

 

(i)  Galakkan minat belajar seawal usia 1 tahun

 

 

* Biarkan mereka membiasakan diri dengan pensil dan kertas.  Biarpun sekadar contengan di kertas putih,  itu adalah permulaan yang baik untuk mereka.

 

* Biasakan mereka dengan buku-buku,  perkara biasa apabila mereka mengoyakkan buku dalam usia mereka.  Beli buku yang murah.  Lama kelamaan mereka akan faham,  dan berdisiplin untuk menjaga buku mereka.  (Practice make Perfect).

 

(ii)  Sediakan kemudahan untuk menggalakkan mereka belajar

 

 

 

 

 

Walau apa pun usaha yang kita lakukan untuk membuatkan mereka seronok untuk belajar,  selalulah ingatkan mereka bahawa ” Usaha itu jauh lebih penting daripada hasilnya.”

 

Janganlah kita bunuh kegembiraan zaman kanak-kanak mereka untuk memberikan kepuasan dan mendatangkan pujian kepada kita di atas kecemerlangan mereka.

 

Seimbangkanlah antara akademik,  rohaniah,  riadah,  dan sosial anak-anak ini.  InsyaAllah kecemerlangan akan datang dengan kegembiraan mereka.

 

 

41 thoughts on “Tips: “Mereka suka belajar”

    • @nabilah_2908, Betul tu. Malas sebab dah mula terasa benda tu sebagai rutin, dan sama setiap hari. Sama mcm kita kerja jugak. Jadi di situlah pentingnya kita untuk wujudkan suasana yang berbeza. ;)

    • @faizul, Semak tu perkara biasa. Sel otak berhubung masa mereka bereksperimen dengan keadaan sekeliling. sabar, dan insyaAllah nanti dah biasa nanti akan disiplin.

  1. salam.
    tips yang baik dan menarik untuk diaplikasikan.
    tapi pelik kan, susah betul anak-anak zaman sekarang nak belajar. kalau masa aku kecik-kecik dulu, tak ada kelengkapan, tempat tak menarik pun masih lagi boleh belajar. agaknya anak zaman sekarang terlampau dimanjakan kot
    wandisini recently posted..Pengalaman Mengambil SPMMy Profile

    • @wandisini, Wsalam. Zaman kita tak ada games :) Perubahan berlaku. Kita kena kreatif untuk berada dalam perubahan tu. Menyediakan kemudahan bukan bererti memanjakan mereka. :)

  2. satu yg saya perhatikan, anak2 ni suka ikut kita, lau kita baca quran, dia pun akan datang nak baca dgn kita.. lau kita baca buku, dia pun akan ambil buku dia duduk dekat dgn kita..

    jadi, kita kena tunjukkan contoh baik utk anak2, supaya mereka dpat adapt dengan suasana seterusnya dorang akan rasa selesa..
    fiezaradzi recently posted..10 Jawapan Tag 2 in 1 Yang CantikMy Profile

  3. Setuju sangat dengan semua saranan di atas. Tapi bagi saya tips mencari ‘musuh belajar’ adalah teknik yang paling berkesan untuk menggalakkan anak-anak belajar.

    Caranya mudah, hanya cari rakan-rakan atau saudara terdekat untuk dibandingkan dengan anak-anak kita. Berikan mereka pujian setiap kali mengetahui sesuatu. Saya rasa persaingan secara sihat ini akan menjadikan motivasi bagi mereka.
    Mama Murai recently posted..Wordless Wednesday #2 | hadiah istimewa daripada anak kepada ibunyaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
love :seposen :senaman :rokok :p :ngsgedik :nagis :muntah :lala :kuat :ketawa :kenyit :gedik :gdklebih :bunga :batuk