Ujian itu indah, sabar itu menyempurnakan.

Assalamualaikum, lama tak menulis jari terasa kaku, kata-kata makinlah jadi kelu.  Alhamdulillah, masih diberi ruang di dunia.  Syukur, masih dipinjam seketika nikmat indahnya bumi, harta, kasih sayang, dan nyawa.

DIA menguji kita dengan pelbagai cara.  Ada diuji dengan kesenangan,  kekayaan,  dan kemasyuran.  Ada juga diuji dengan kesusahan,  kemiskinan,  dan kejatuhan.  Walau apa saja ujian yang DIA kurniakan buat kita,  yakinlah bahawa DIA sedang mendidik kita, DIA menyayangi kita,  dan pastinya DIA punya perancangan yang lebih baik buat kita.

Lumrahlah untuk kita merasakan lemah,  merasakan tidak berdaya untuk bangun setelah jatuh.  Apa lagi kalau kita jatuh berulang kali di tempat yang sama walau dengan cara berbeza.  Tapi bersyukurlah, kerana disekeliling kita masih punya harapan,  masih punya saudara yang mahu menghulurkan tangannya,  masih punya kawan yang mahu menjadi tongkat ketika tiada daya berjalan.

* Senyumlah, berbahagialah, dan yakinlah.  Esok pastinya akan lebih baik untuk memulakan sesuatu yang kita rasakan mustahil hari ini.  :) Selagi Allah izinkan, selagi itu kita masih punya harapan. :)

This entry was posted in luahan.

14 thoughts on “Ujian itu indah, sabar itu menyempurnakan.

    • InsyaAllah.. Mudah-mudahan kita semua sentiasa tabah, dan dapat melihat hikmah di sebalik setiap ujian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
love :seposen :senaman :rokok :p :ngsgedik :nagis :muntah :lala :kuat :ketawa :kenyit :gedik :gdklebih :bunga :batuk