Wanita yang bersyukur

 

 

Wahai wanita  yang indah
Simpanlah keluh kesah itu
Diamkan suara rungutan
Pejamkan mata, renung fikirkan
Apa yang tidak kita syukuri

Ketika ada di antara kamu
Merungut dan mencanang kelemahan  pada suami
Ketika itu juga di antara kita
Sangat berdoa dan memohon
Dipertemukan jodoh, dan berpeluang menjadi seorang isteri.

Ketika ada di antara kamu
Merasa tidak cukup pada rezeki  suamimu
Ketika itu juga di antara kita
Sangat berdoa dan memohon
Diberi kesempatan untuk mendokong kejayaan suaminya

Ketika ada di antara kamu
Merasa marah dan curiga ketika suamimu pulang bekerja
Ketika itu juga di antara kita
Sangat berdoa dan memohon
Satu hari nanti dapat menanti  dan menyambut  pulangnya suami dengan senyuman.

Ketika ada di antara kamu
Merasa bosan dan marah menguruskan keperluan suamimu
Ketika itu juga di antara kita
Sangat berdoa dan memohon
Dikurniakan seorang suami supaya berkesempatan merasai  kepenatan itu.

Ketika ada di antara kamu
Merasa runsing dan gelisah pada perubahan fizikal ketika mengandungkan benih suamimu
Ketika itu juga di antara kita
Sangat berdoa dan memohon
Diberi peluang merasakan saat indah mengandungkan amanah Allah

Jadilah wanita yang bersyukur
Bersyukurlah bila berpeluang menjadi isteri
Bersyukurlah bila berpeluang menjadi ibu
Kerana masih ada di antara kita
Yang menanti lama untuk kedua-dua gelaran itu.

48 comments

  1. Miss Yati says:

    @chii, Manusia tak boleh lari daripada rasa terbeban, rasa kecewa, rasa tak puas hati dengan apa yang dimiliki. Tapi bila rasa macam tu, kena cepat2 kembali ingatkan diri dan bersyukur. :)

    *sama-sama chii

  2. Mama Murai says:

    sebab itulah saya sentiasa tekankan supaya kita belajar untuk berkata cukup. Apa yang kita ada tidak semestinya akan ada pada orang lain. Dan apa yang orang lain ada tidak semestinya akan ada pada kita. Jangan sesekali pandang orang yang lebih baik daripada kita, tetapi pandang mereka yang bernasib malang di luar sana tu, dengan demikian kita akan lebih menghargai semua yang telah kita miliki.
    Mama Murai recently posted..Cerita Top Malaysian Blogger tak habis lagi? Hebat sangatkah mereka tu?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge
love :seposen :senaman :rokok :p :ngsgedik :nagis :muntah :lala :kuat :ketawa :kenyit :gedik :gdklebih :bunga :batuk